2024-11-04 HaiPress
Seekor beruang matahari jantan dan harimau kumbang berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan di Kuala Krai dan Gua Musang,Ahad lepas / Foto PERHILITAN Kelantan
KUALA KRAI,4 November – Seekor beruang matahari jantan dan harimau kumbang berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan di Kuala Krai dan Gua Musang,Ahad lepas.
Pengarah PERHILITAN Kelantan,Mohamad Hafid Rohani memaklumkan Jabatan Perhilitan daerah Kuala Krai menerima aduan mengenai kehadiran seekor beruang di kawasan kebun di Kampung Sungai Pas,Kuala Krai,pada 31 Oktober.
Sementara itu,Jabatan Perhilitan daerah Gua Musang turut menerima aduan mengenai seekor harimau kumbang jantan yang telah mencederakan lembu di ladang HR Plantation Kuala Koh,Gua Musang,kelmarin.
"Bertindak atas aduan ini,anggota kami melakukan siasatan dan memasang perangkap di lokasi berkenaan. Tangkapan ini telah melegakan penduduk setempat," katanya menerusi kenyataan.
Tangkapan tersebut juga bertujuan untuk mengurangkan kerugian penduduk akibat kemusnahan tanaman dan ternakan disebabkan konflik hidupan liar.
Mohamad Hafid berkata,operasi pemindahan dan pelepasan semula beruang matahari serta harimau kumbang itu ke habitat yang lebih sesuai akan dijalankan dalam masa terdekat.
"Untuk mengurangkan konflik haiwan liar,penduduk,khususnya pekebun dan peladang,dinasihatkan agar mengambil langkah mitigasi seperti sentiasa berteman ke kebun,tidak memasuki kebun pada waktu malam,memastikan kebun bersih dan tidak bersemak,serta memasang lampu di sekitar rumah atau kandang pada waktu malam.
"Kawasan ternakan juga disaran dipagar dan ternakan dikurung pada waktu malam," tambah Mohamad Hafid.
Beliau turut memaklumkan tangkapan dan pemindahan hidupan liar bukanlah penyelesaian jangka panjang,memandangkan kawasan itu berhampiran Hutan Simpan Kekal (HSK),habitat asal hidupan liar tersebut.
Hotline Tarif AS: Inisiatif MATRADE mudahkan akses maklumat perdagangan
Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, bayaran cecah RM486 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur