2024-11-04 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,4 November- Ringgit mencatatkan kenaikan semula untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin,ekoran dolar AS lemah dengan pasaran menunggu peristiwa penting minggu ini.
Pada pukul 8.00 pagi,ringgit meningkat kepada 4.3755/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3780/3835 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mungkin mengalami dagangan tidak banyak berubah kerana pasaran bersedia untuk minggu yang sibuk.
Beliau berkata tumpuan kini beralih kepada Pilihan Raya Presiden AS yang ditetapkan pada 5 November.
“Wujud juga kekecewaan terhadap data pasaran buruh bagi Oktober,yang jauh lebih rendah daripada jangkaan,menunjukkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin mengurangkan kadar sebanyak 25 mata asas minggu ini.
“Oleh itu,tinjauan jangka masa pendek bagi ringgit masih kekal dengan keadaan secara berhati-hati,” katanya kepada Bernama.
Pada pagi ini,ringgit menunjukkan prestasi bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit naik berbanding euro kepada 4.7511/7641 daripada 4.7532/7592 namun,turun sedikit berbanding pound British kepada 5.6605/6760 daripada 5.6502/6573 ketika ditutup Jumaat lepas.
Unit domestik susut berbanding yen Jepun kepada 2.8693/8776 daripada 2.8652/8690.
Selain itu,ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang tempatan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 277.7/278.6 daripada 278.2/278.7,dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.51 daripada 7.49/7.51 semasa ditutup Jumaat lepas.
Ringgit kukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8897/12.9377 daripada 12.9103/9322,namun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3056/3149 daripada 3.3054/3098.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur