2024-11-04 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,4 November- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengunjungi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ketujuh dan merasmikan Pavilion Malaysia.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memaklumkan,Kuala Lumpur diberi penghormatan sebagai tetamu kehormat bagi penganjuran kali ini,sejajar ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
CIIE 2024 bermula esok hingga 10 November ini,di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional di Shanghai.
Tahun ini,pavilion negara mengetengahkan 16 pempamer tempatan,yang mendapat sokongan rakan strategik MATRADE,iaitu Bank of China (Malaysia) Bhd,Petronas serta Seri Pajam Development Sdn Bhd.
Pertanian,penjagaan kesihatan dan perkhidmatan seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),e-dagang serta kandungan kreatif,antara sektor yang diketengahkan.
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE,Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata,selain meningkatkan eksport produk dan perkhidmatan tempatan,acara itu menjadi platform usahawan mendapat pendedahan serta meninjau pertumbuhan pasaran China.
Beliau yakin penyertaan Malaysia bakal menyuntik nilai penting kepada kedua-dua negara selain mewujudkan peluang bagi kerjasama inovasi dan strategik.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur