2024-11-05 HaiPress

Foto BERNAMA
SUNGAI PETANI,5 November- Program Derma Darah Perdana 2024 mendapat sambutan menggalakkan dengan sebanyak 754 beg darah berjaya dikumpul dalam tempoh hanya 15 hari,sejak ia bermula pada 20 Oktober lalu hingga semalam.
Program yang bertemakan “Setitis Darah,Seribu Impian,Sejuta Harapan,Semerah Jelapang Padi” itu dianjurkan Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kedah dengan kerjasama Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH),Sungai Petani.
Pengerusi Biro Kebajikan Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kedah,Datuk Shahanim Mohd Yusof,memaklumkan bahawa program tersebut telah dijalankan di beberapa lokasi di Kedah,termasuk lobi HSAH,institusi pengajian tinggi,kem tentera,dan beberapa pusat beli-belah.
"Program ini akan berlangsung sehingga 30 November dengan sasaran sebanyak 3,000 beg darah.
"Bekalan darah yang dikumpulkan akan disalurkan ke hospital-hospital yang memerlukan bagi menampung keperluan pesakit," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah bahawa aktiviti menderma darah bukan sahaja membantu menyelamatkan nyawa orang lain yang memerlukan,tetapi juga memberi manfaat kepada penderma dengan menjana darah baharu dalam tubuh mereka.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur