2024-11-05 HaiPress

Perdana Menteri menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7,di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC)/Foto PMO
SHANGHAI,5 November - Malaysia komited untuk mengukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan negara-negara anggota BRICS.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin langkah ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global demi kemakmuran bersama.
Beliau berkata,ia seiring dengan 'Prinsip Perkongsian Masa Depan Bersama' yang diperkenalkan oleh China.
"Prinsip perkongsian masa depan bersama ini mendapat sambutan baik dari negara-negara di Asia,Afrika,Amerika Latin,dan negara-negara selatan global.
"Itulah sebabnya Malaysia bersetuju menyertai BRICS,dan saya menekankan ucapan hebat Presiden Xi Jinping dalam persidangan BRICS di Kazan baru-baru ini,yang mana beliau menyeru agar semangat masa depan bersama dipegang untuk melawan elemen perpecahan dan perlindungan diri.
"Kita mesti membina komuniti masa depan bersama untuk menjamin keamanan global,keselamatan global,dan berkongsi pengalaman,kepakaran,serta teknologi dengan dunia,"katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7,di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di sini,hari ini.
Datuk Seri Anwar juga memuji dasar China yang mempermudah perdagangan dan pelaburan,dan menganggapnya sebagai contoh baik bagi negara-negara yang menyertai ekspo ini.
Kejayaan China merangsang ekonomi dan memperkukuh hubungan dagang antara negara dijadikan teladan.
CIIE ke-7 ialah inisiatif Kerajaan China yang menyediakan platform bagi negara-negara dalam Inisiatif Jalur dan Laluan untuk mempromosi dan mengeksport barangan serta perkhidmatan ke China.
Malaysia secara rasmi diiktiraf sebagai satu daripada 13 negara rakan baharu dalam BRICS,pada 24 Oktober lalu.
Selain Malaysia,12 negara lain ialah Algeria,Belarus,Bolivia,Cuba,Indonesia,Kazakhstan,Nigeria,Thailand,Turkiye,Uganda,Uzbekistan dan Vietnam.
BRICS,yang pada asalnya merangkumi Brazil,Rusia,India,dan China,ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama bagi ekonomi yang sedang membangun,dengan penyertaan Afrika Selatan pada 2010.
Blok itu telah berkembang dengan meliputi Iran,Mesir,Ethiopia,dan Emiriah Arab Bersatu.
BRICS mewakili kira-kira 40 peratus daripada populasi global dan secara kumulatif menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$26.6 trilion (RM115.4 trilion) atau 26.2 peratus daripada KDNK dunia,hampir menyamai kekuatan ekonomi kumpulan G7.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur