2024-11-05 HaiPress

Timbalan Menteri PETRA,Akmal Nasrullah Mohd Nasir / Foto RTM
KUALA LUMPUR,5 November - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini dalam perancangan melaksanakan projek mengatasi banjir pantai di negeri Sarawak,bertujuan membina struktur perlindungan banjir serta kawalan hakisan pantai.
Timbalan Menteri PETRA,Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata projek tersebut melibatkan kos sebanyak RM316 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan dijangka dimulakan pada Oktober 2025.
Katanya,tempoh pelaksanaan projek dijadual selama lima tahun.
"Pelaksanaan projek ini merangkumi 17 lokasi di enam bahagian utama iaitu Kuching,Betong,Mukah,Miri,Limbang,dan Samarahan.
"Skop utama projek termasuk pembinaan struktur perlindungan banjir pantai dan kawalan hakisan,serta kerja-kerja berkaitan. Dengan adanya projek ini,sepanjang 32.9 kilometer pantai dapat dilindungi daripada kejadian banjir pantai,sekali gus mengurangkan kerosakan harta benda dan menyelamatkan nyawa," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat,di sini.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanjong Manis,Yusuf Abd Wahab mengenai perancangan kementerian dalam menangani masalah hakisan pantai akibat ombak laut di negeri Sarawak.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur