2024-11-05 HaiPress

Fadillah Yusof / Foto RTM
KUALA LUMPUR,5 November- Integriti tidak boleh dilihat hanya dalam konteks individu atau sebagai nilai peribadi; sebaliknya,ia merupakan asas kepada pembangunan negara yang kukuh.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata usaha pembangunan ekonomi,sosial,dan politik boleh terjejas tanpa integriti.
Sehubungan itu,integriti perlu dibudayakan dalam masyarakat,termasuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada DNA bangsa serta asas dalam semua aspek operasi dan pentadbiran setiap institusi serta organisasi di negara ini.
Pembudayaan integriti perlu diterapkan daripada peringkat asas,iaitu di rumah dan di sekolah.
"Kita mahukan sebuah Malaysia yang dihormati bukan hanya kerana kemajuan ekonomi,tetapi juga kerana keteguhan nilai-nilai integriti yang dipegang oleh rakyatnya.
"Dalam keluarga,kita mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kejujuran,tanggungjawab,dan akauntabiliti. Di sekolah pula,pendidikan integriti harus dipupuk sejak awal agar generasi muda kita dapat membesar menjadi warganegara yang beretika," katanya ketika merasmikan sambutan Bulan Integriti Nasional 2024 di sini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur