2024-11-05 HaiPress

Foto FB Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional
PUTRAJAYA,5 November - Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya telah diwujudkan sebagai langkah proaktif untuk memupuk perpaduan serta menyediakan platform penyelesaian konflik secara aman dan berkesan dalam kalangan masyarakat.
Mengikut Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN),pusat itu merupakan hasil kerjasama strategik bersama Bahagian Pengurusan Hartanah,Jabatan Perdana Menteri dan Perbadanan Putrajaya.
"Pusat ini diharapkan dapat menggalakkan penyelesaian konflik yang lebih cepat dan kondusif dalam kalangan komuniti,terutama kawasan pembangunan berstrata yang semakin pesat di Putrajaya.
"Dijangka kes-kes komuniti dalam kawasan kejiranan yang melibatkan pertikaian-pertikaian penggunaan harta bersama seperti lif,koridor,tempat letak kenderaan dan pelbagai lagi," kata JPNIN dalam kenyataan di sini hari ini.
JPNIN memaklumkan kewujudan pusat itu dapat membantu mengurangkan beban pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dalam menangani kes-kes kecil atau pertikaian antara kejiranan yang boleh diselesaikan secara damai selain berupaya memberi sokongan psikososial kepada individu atau keluarga yang terlibat.
"Selain itu,pusat ini juga berfungsi sebagai ruang perantara yang kondusif untuk masyarakat yang berkonflik dan mereka dapat berbincang secara terbuka dengan bantuan mediator berkecuali," kata kenyataan itu lagi.
JPNIN menyatakan proses mediasi bukan sahaja membantu meredakan konflik,tetapi juga memupuk sikap toleransi dan persefahaman dalam kalangan anggota komuniti,sejajar dengan konsep Malaysia MADANI.
Penubuhan pusat itu menjadi bukti komitmen pihak kerajaan dalam usaha memperkukuh perpaduan nasional melalui pendekatan yang lebih inklusif dan menyeluruh.
Sehingga kini,terdapat seramai 571 orang mediator komuniti berjaya ditauliahkan dan berkhidmat dengan penuh dedikasi,membantu menyelesaikan konflik tanpa perlu melalui proses undang-undang yang rumit dan panjang.
Daripada jumlah itu,33 orang Mediator Komuniti berada di Putrajaya sedia memberikan perkhidmatan kepada warga Putrajaya.
Dengan perasmian Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya hari ini oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara,Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad,Malaysia,kini mempunyai lapan pusat mediasi yang beroperasi di pelbagai lokasi. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur