2024-11-05 HaiPress

Tan Sri Datuk Seri Mohd Khamil Jamil dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM baharu
KUALA LUMPUR,5 November- Tan Sri Datuk Seri Mohd Khamil Jamil dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 4 November hingga 3 November 2027.
Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan memaklumkan,pelantikan itu dilihat akan meningkatkan tadbir urus profesional UiTM menerusi perencanaan baharu melibatkan pelbagai sektor berkepentingan.
"Beliau juga pernah dilantik sebagaiPro-Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dari tahun 2013 hingga2014 dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dari
tahun 2014 hingga 2016," menurut kenyataan itu.
Selain itu beliau juga mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang dari University of London dan memiliki pengalaman luas dalam dunia korporat serta pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad selama 10 tahun dari tahun 2006.
Beliau seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif DRB-HICOM Berhad,Pos Malaysia Berhad dan Proton Holdings Berhad sepanjang tempoh 2016 hingga 2018.
"Semasa berkhidmat di DRB-HICOM Berhad,beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pro-Canselor DRB-HICOM University of Automotive Malaysia," tambah kenyataan itu.
Dalam pada itu kementerian turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Prof. Emeritus Dr. Raduan Che Rose atas sumbangan beliau sepanjang menerajui UiTM sebelum ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur