2024-11-05 HaiPress

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 November- Skor Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) mencatatkan 71.91 peratus dan ia berada pada tahap sederhana.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,isu itu memerlukan tindakan segera dan sokongan menyeluruh daripada semua pihak.
Ia sebagai asas dalam memastikan kesejahteraan mental khususnya golongan belia berada pada tahap stabil.
"Kita amat prihatin terhadap isu tekanan dan kebimbangan yang akibatkan bunuh diri,ada juga faktor luaran buli siber serta isu berkaitan teknologi dan gaya hidup," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa JKPB di Parlimen.
Tujuh dominan ditetapkan menerusi MyMHI'23 iaitu gaya hidup,persekitaran,keperibadian,pengalaman hidup,sokongan sosial,pengendalian tekanan dan minda sihat
MyMHI'23,dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) menjadi pengukur utama menilai tahap kesihatan mental belia di Malaysia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur