2024-11-05 HaiPress

Wong Kah Woh/ Foto RTM
KUALA LUMPUR,5 November- Usaha terus diperkasa bagi mencegah penggunaan rokok elektrik atau vape di sekolah.
Sehubungan itu,Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan program dan aktiviti pendidikan pencegahan seperti Program Skim Lencana Antidadah,Program Lima Minit Antirokok dan Vape.
Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh berkata pihaknya turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di setiap sekolah bagi menangani isu itu.
"Pelaksanaan Program Remaja Unggul Aspirasi Negara yang memberi fokus kepada bahaya rokok dan vape turut dilaksanakan di seluruh negara dengan kerjasama rakan strategik seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Agensi Antidadah Kebangsaan,Polis Diraja Malaysia,dan Persatuan Membasmi Dadah Malaysia.
"KPM dan KKM juga mengadakan Latihan Kursus Pengukuhan Intervensi Berhenti Merokok dan Vape dalam kalangan murid kepada guru bimbingan dan kaunseling serta guru PPDa," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Penjelasan tersebut diberikan bagi menjawab soalan asal yang dikemukakan wakil Baling,Hassan Saad,yang ingin mengetahui usaha kerajaan dalam menangani masalah ketagihan vape dan rokok dalam kalangan pelajar sekolah.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur