2024-11-05 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China ketujuh (ClIE ke-7) di Shanghai
SHANGHAI,5 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China ketujuh (ClIE ke-7) di sini.
Pavilion Malaysia yang diselaraskan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),bertujuan meningkatkan eksport produk dan perkhidmatan negara selain menjadi platform untuk syarikat-syarikat Malaysia mendapat pendedahan serta meninjau pertumbuhan di pasaran China.
Pada tahun ini,pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik MATRADE iaitu Bank of China (Malaysia) Bhd,Petronas serta Seri Pajam Development Sdn Bhd.
Syarikat Malaysia itu juga adalah sebahagian daripada 3,496 pempamer dari 129 negara pada acara berkenaan.
Anwar juga turut berkesempatan merasmikan dan melawat Astaka Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Malaysia,Senator Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Sumber Manusia,Steven Sim Chee Keong turut hadir pada acara berkenaan.
Perdana Menteri bersama-sama rakan sejawatnya,Li Qiang turut mengunjungi Pavilion Malaysia serta melawat Pavilion Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia.
Pavilion Malaysia yang diselaras oleh MATRADE itu bertujuan meningkatkan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia selain menjadi platform bagi syarikat-syarikat Malaysia mendapat pendedahan serta meninjau pertumbuhan di pasaran China.
Tahun ini,pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik MATRADE - Bank of China (Malaysia) Bhd,Petronas serta Seri Pajam Development Sdn Bhd.
Majlis Pelancaran Pavilion Malaysia itu turut dihadiri,Menteri Pelaburan,Senator Datuk Seru Zafrul Tengku Abdul Aziz,Steven Sim Chee Keong.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur