2024-11-05 HaiPress

Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW),sebagai penunjuk kos sara hidup,dijangka dapat memastikan bantuan kepada rakyat disalurkan dengan lebih tepat / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,5 November – Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW),dijangka dapat memastikan bantuan kepada rakyat disalurkan dengan lebih tepat.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA),Profesor Datuk Dr. Madeline Berma berkata pendekatan PAKW memberi anggaran lebih realistik bagi menentukan status isi rumah,berbanding pengelasan berdasarkan pendapatan semata-mata.
“Sebagai contoh,golongan M40 sering menghadapi masalah di mana pendapatan mereka kelihatan tinggi,namun apabila kos perbelanjaan diambil kira,pendapatan bersih mereka mungkin lebih rendah daripada golongan B40 kategori atas. Ini menyebabkan mereka tidak layak untuk bantuan,” katanya ketika dihubungi RTM.
Tambah Madeline,penggunaan MYkalkulator juga membantu golongan ini mengenal pasti kedudukan mereka dalam kategori pendapatan.
Pendekatan PAKW turut mengambil kira corak perbelanjaan mengikut lokaliti dan budaya,yang dianggap lebih sesuai berbanding kaedah sedia ada.
Madeline turut mencadangkan agar faktor tambahan seperti status kesihatan isi rumah,ahli isi rumah yang berhijrah,dan pendapatan tidak tetap turut diambil kira dalam penilaian tersebut.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur