2024-11-08 HaiPress

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang,Superintenden Syahlizan Badrun /Foto RTM
KUANTAN,7 November-Sebanyak 189 kes kanak-kanak di bawah usia 18 tahun dilaporkan hilang di seluruh Pahang,sejak tahun 2022 hingga Oktober 2024.
Daripada jumlah itu,empat kanak-kanak belum pulang ke pangkuan keluarga dan usaha mengesan mereka masih diteruskan pihak polis,sehingga kini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang,Superintenden Syahlizan Badrun berkata,dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini,sebanyak 59 kes kanak-kanak hilang telah direkodkan.
“Kalau kita lihat trend mengikut tahun ni,kalau kita tengok tahun 2022 ada menunjukkan trend penurunan. Daripada 76 tadi bagi tahun 2022 telah menurun kepada 54 kes bagi tahun 2023.
"Tetapi bagi tahun 2024 sehingga oktober ada menunjukkan sedikit peningkatan",katanya demikian selepas sesi temubual eksklusif di konti radio Pahangfm,di sini.
Katanya,pengaruh rakan,masalah keluarga dan keluar mencari pekerjaan menjadi antara punca kehilangan mereka.
Malah,beliau tidak menafikan,impak media sosial juga menjadi punca mereka berani melarikan diri daripada rumah.
Justeru,beliau menasihati ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa pantau keberadaan dan perilaku anak-anak terutama di usia remaja,bagi mengelak kes ini berlaku.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur