2024-11-08 HaiPress

Foto RTM
BANGI,7 November- Isu kesihatan mental antara agenda utama bakal diangkat dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) 2026 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur.
Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu,mesyuarat berkenaan bakal menangani pelbagai kebimbangan kesihatan kritikal yang dihadapi rantau itu.
Selain kesihatan mental,isu keselamatan dan kualiti makanan serta farmaseutikal juga antara agenda dalam mesyuarat berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan,organisasi swasta disaran menyediakan suasana pekerjaan yang kondusif kepada pekerja bagi melahirkan pekerja produktif dari segi fizikal dan mental.
"Sangat mustahak untuk majikan memastikan persekitaran kerja yang baik untuk benar-benar mewujudkan suasana kerja yang sihat",katanya selepas merasmikan Konvensyen Kaunseling Serantau 2024,di sini.
Beliau berkata antara kemudahan boleh disediakan majikan seperti bilik kaunseling,bilik terapi dan sudut minda sihat serta melantik pegawai psikologi bertauliah untuk perkhidmatan kaunseling kepada pekerja yang memerlukan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur