2024-11-08 HaiPress

Foto BERNAMA
KULAI,7 November-Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS – SEZ) dijangka akan dimeterai,pada 9 Disember depan.
Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata,pemeteraian akan dijalankan,semasa sesi pemukiman pemimpin Malaysia – Singapura ke 11 di Putrajaya.
Komitmen pemeteraian itu dicapai semasa mesyuarat Jawatankuasa Bersama peringkat Menteri Malaysia - Singapura bagi Iskandar Malaysia,di Johor Bahru,pagi tadi.
Mesyuarat tersebut turut disertai Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli,membincangkan tentang pelaksanaan JS-SEZ.
"Suka untuk saya laporkan,mesyuarat tadi berjalan lancar. Wujudnya persefahaman baik antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura.
"Dan kita mempunyai peluang yang besar untuk mewujudkan kolaborasi,dan kerjasama demi manfaat bersama Malaysia,Singapura dan Johor",katanya demikian semasa Majlis Pembukaan Pusat Logistik Serantau Mercedes – Benz Parts Logistic Asia Pacific Sdn Bhd di Senai,Kulai,Johor,melibatkan pelaburan RM1.5 bilion.
Menurut Datuk Onn Hafiz,pusat logistik kenderaan terkemuka dunia itu berjaya dibuka dalam tempoh masa pendek,iaitu 23 bulan,berbanding tempoh kebiasaan,tiga tahun,hasil inisiatif Kulai Fast Lane.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur