2024-11-08 HaiPress

Foto FB Tengku Zafrul
CHINA,7 November- Malaysia mencatatkan nilai potensi eksport sebanyak RM3.2 bilion,kata Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Ia susulan pertemuan dengan 30 syarikat dari China semalam.
"Daripada segi pelaburan,kami belum ada angka yang boleh diumumkan.
"Namun,terdapat projek yang berada di peringkat akhir dan ada yang masih dalam perbincangan,yang menunjukkan perkembangan positif.
"Kami akan mengumumkan jumlah pelaburan dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media selepas menamatkan lawatan kerjanya di sini.
Sejak 2009 China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia di peringkat global.
Tahun lalu,jumlah perdagangan dengan China bernilai RM450.84 bilion,menyumbang 17.1 peratus daripada jumlah dagangan global Malaysia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur