2024-11-08 HaiPress

Foto REUTERS
KUALA LUMPUR,7 November-Empat anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang baharu tiba di Selatan Lubnan dilaporkan cedera akibat terkena serpihan letupan dalam serangan dron berhampiran Sidon.
Kejadian berlaku ketika kenderaan yang membawa anggota Malbatt itu melalui sekatan jalan raya Tentera Lubnan di Awali.
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) melaporkan,lima anggota pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) cedera ringan.
UNIFIL mengingatkan semua pihak untuk mengelakkan tindakan yang membahayakan pasukan pengaman dan orang awam.
Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan.
Atur gerak pasukan Malbatt 850-12 yang melibatkan 854 pegawai dan anggota,termasuk pasukan daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei,dijadualkan bermula 6 hingga 18 November.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur