2024-11-08 HaiPress

Fadhlina Sidek / Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,7 November- Seramai 6,328 graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dirai dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-14 yang bermula pada 3 November lalu.
Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek,berkata kesemua graduan telah menerima penempatan dan memulakan tugas sebagai guru.
"Guru-guru ini merupakan tenaga pengajar yang terlatih dan telah bersedia untuk mendidik di lokasi penempatan masing-masing.
"Komitmen kita adalah memastikan semua anak kita mendapat pendidikan terbaik daripada guru-guru ini," katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan di sini.
Dalam pada itu,Fadhlina berkata usaha menyediakan pendidikan untuk anak-anak bekas pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang diselamatkan melalui Op Global juga diteruskan.
Menurut Fadhlina,pihak kementerian telah memulakan sesi pembelajaran dengan kelas psikososial pada dua minggu pertama bagi menilai keperluan psikososial mereka.
"Semua anak-anak ini telah memulakan kelas persekolahan seperti biasa mengikut kurikulum kita,dengan bimbingan guru-guru.
"Alhamdulillah,setakat ini mereka mengikuti pendidikan sebagaimana aliran perdana,dibantu oleh guru-guru yang telah kita tempatkan di lokasi masing-masing," jelasnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur