2024-11-08 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,7 November- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012,atau SOSMA,dalam siasatan melibatkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Beliau berkata siasatan polis dalam kes itu menemukan semua kriteria di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang melayakkan kegiatan GISBH dikategorikan sebagai kumpulan jenayah terancang.
“Yang pertama,pelakunya lebih daripada dua orang manakala yang kedua,ia membabitkan satu objektif,di sini eksploitasi kanak-kanak dan ketiga,ada elemen keuntungan dari segi material.
“Jadi pada pertimbangan polis,siasatan ini mengikut jalur Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang membolehkan kegiatan ini ditafsirkan sebagai kumpulan jenayah terancang maka kita guna pakai SOSMA dan terdapat 22 orang yang kita kenakan tuduhan,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Menyentuh siasatan berkaitan isu 3R (institusi raja,agama dan kaum) yang dikendali oleh Bukit Aman sejak Mac 2023,Saifuddin Nasution berkata setakat ini,terdapat 182 kertas siasatan dibuka melibatkan 138 kes telah diselesaikan manakala 44 lagi masih dalam proses siasatan.
“Antara contoh penghinaan ialah ucapan yang merendahkan institusi raja atau agama termasuk serangan yang dikategorikan sebagai hinaan yang teruk. Kes ini melibatkan individu dari pelbagai latar belakang kaum seperti Melayu,Cina dan India,” katanya.
Justeru itu,beliau berkata penggunaan peruntukan di bawah Akta Hasutan 1948 dan ordinan lain adalah bagi menangani isu tersebut yang dianggap sensitif serta menjaga keharmonian antara kaum dan agama di negara ini. - BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur