2024-11-08 HaiPress

FOTO FAIL
MATA AYER,8 November- Pelbagai kes jenayah yang berlaku ketika ini memberi kesan kepada kehidupan masyarakat selain berhadapan dengan kerugian besar khususnya di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Arau.
Ini termasuklah jenayah komersial,bagi tempoh 10 bulan tahun ini,sebanyak 77 kes dilaporkan dengan nilai kerugian mencecah lebih RM500,000,berbanding tahun 2023 dengan 104 kes mencatat kerugian RM1.8 juta
Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi,kes dilaporkan melibatkan penipuan telefon terutama berkaitan agensi kerajaan,pelaburan tidak wujud,e-dagang khususnya menerusi media sosial,pekerjaan tidak wujud,pinjaman wang tidak wujud,laman sesawang palsu serta love scam.
Berdasarkan analisa kes dilaporkan,mangsa terlibat ialah peniaga,pesara,pekerja profesional terutama guru,penjawat awam,pekerja swasta serta mereka yang tidak bekerja.
"Evolusi gaya hidup ini secara tidak langsung mengakibatkan wujudnya bentuk jenayah baharu yang lebih kompleks dan global di samping turut memerlukan perhatian lebih serius dari pelbagai lapisan masyarakat."
"Pihak polis menyeru orang ramai supaya berhati hati apabila menerima panggilan dari individu yang tidak dikenali atau menyemak dahulu panggilan atau tawaran yang diterima." kata Ahmad Mohsin.
Beliau memaklumkannya pada Program Cakna Ilmu Sempena Program Pemerkasaan Komuniti Luar Bandar di Kampung Ngulang,Mata Ayer yang dihadiri lebih 200 penduduk setempat.
Program itu dianjurkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama JPKKP Ngulang Utara dan IPD Arau bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat berikutan sindiket penipuan dalam talian yang menggunakan pelbagai helah atau modus operandi bagi memperdaya mangsa.
Turut diadakan ceramah khas oleh Imam Besar Negeri Perlis,Ahmad Sirajuddin Abdul Satar mengupas mengenai fahaman ajaran sesat yang perlu dijauhi umat Islam.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur