2024-11-08 HaiPress

Datuk Seri Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR,8 November- Malaysia perlu tekad mendepani teknologi baharu bagi menjamin daya saing dalam tenaga kerja masa hadapan.
Ia seiring dengan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI),pembelajaran mesin,dan automasi yang kini giat membentuk semula landskap tenaga kerja global.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof,menegaskan ke arah itu,negara perlu bukan sahaja menyesuaikan diri tetapi juga melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu meneraju dalam bidang tersebut.
"Dalam era baharu ini,pembelajaran sepanjang hayat bukan lagi satu pilihan,tetapi satu keperluan. Ketika kita bersiap sedia menghadapi masa depan,kita mesti membentuk minda dalam kalangan tenaga kerja yang menghayati prinsip belajar,melupakan,dan belajar semula.
"Inilah kunci untuk berjaya dalam persekitaran yang sentiasa berkembang di mana peningkatan kemahiran perlu kekal sebagai keutamaan dalam usaha kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Pembangunan Sumber Manusia (HRD Awards) 2024 di ibu negara.
Majlis berprestij itu menyaksikan pencapaian cemerlang 36 pengamal sumber manusia dan organisasi yang menyerlah dalam pembangunan modal insan peringkat nasional.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur