2024-11-08 HaiPress

Lori jenis loader membawa muatan dua kereta perisai terbabas petang semalam/Foto orang awam
GOMBAK,8 November - Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan melibatkan kenderaan pengangkut kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) petang semalam untuk tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Gombak,Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata,pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 4 petang semalam.
"Setibanya di lokasi kejadian,lori jenis loader membawa muatan dua kereta perisai itu terbabas lalu melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan sebelum terjatuh ke arah laluan bertentangan.
"Siasatan awal mendapati lori tersebut dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30 tahun bersama pembantunya.
"Manakala,pembantunya yang berusia 29 tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Menurut Noor Ariffin,kes disiasata di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat lanjut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Amira Abu Hassan di talian 019-6026596 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.
Semalam,Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya akan menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat punca sebenar kemalangan berkenaan.
Kenderaan konvoi enam pengangkut kereta perisai (KPKP) yang membawa 12 kereta perisai Adnan dari Kem Batu 10,Kuantan ke Kem Syed Sirajuddin,Gemas untuk Latihan Peningkatan Tempur (LPT) cuba mengelak selepas sebuah trailer awam menukar haluan secara tiba-tiba.
Kejadian itu menyebabkan KPKP hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan akibat jalan licin kerana hujan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur