2024-11-08 HaiPress

Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,5 November – Kerajaan sedang mengkaji kebolehlaksanaan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga baharu.
Menteri Ekonomi,Rafizi Ramli berkata kajian tersebut sedang dilaksanakan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
"Keputusan untuk memastikan kerangka undang-undang dan peraturan berkaitan dibangunkan telah dibuat di peringkat Majlis Tenaga Negara dan diperakui oleh Jemaah Menteri. Dalam Rancangan Malaysia Ke-13,kemungkinan tenaga nuklear akan dimasukkan secara rasmi sebagai salah satu sumber tenaga di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Forum Kebangsaan Pelan Induk OGSE 2024,di ibu negara.
Tambah Rafizi,penggunaan tenaga nuklear seiring dengan matlamat kerajaan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Penggunaan tenaga nuklear juga dikatakan lebih stabil dari segi kos operasi kerana kurang terjejas oleh perubahan harga bahan mentah,selain teknologi yang semakin selamat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur