2024-11-08 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,6 November- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM36.13 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.93 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik,terdiri daripada tender bernilai RM2.0 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM600 juta untuk tujuh hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.6 bilion dan RM16.5 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - BERNAMA
Ringgit dibuka teruskan momentum mengukuh, dolar AS kekal lemah
Amir Hamzah puji kemajuan Program GEAR-uP
PKS perlu manfaatkan AI untuk penuhi keperluan ESG
Institusi kewangan perlu jadi pelindung digital masyarakat
Syarikat Kyrgyzstan jual 300 kg emas bernilai US$36 juta kepada syarikat Malaysia
ECERDC catat RM6.4 bilion pelaburan, 2,800 peluang kerja dalam enam bulan pertama 2025
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur