2024-11-08 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,6 November- Kadar Dasar Semalaman (OPR) terus dikekalkan pada paras semasa,tiga peratus.
Ia dimuktamadkan pada mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM),untuk tahun ini.
Tahap OPR tidak berubah sejak Julai 2023,selepas kenaikan 25 mata asas dibuat pada Mei tahun sama.
Menurut kenyataan BNM,pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berkaitan prospek inflasi dan pertumbuhan.
"Jawatankuasa Dasar Monetori (MPC) akan terus memantau perkembangan semasa dan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.
Ekonomi global terus berkembang dalam keadaan pasaran buruh yang berdaya tahan dan pemulihan dalam perdagangan global," kata kenyataan itu.
Di peringkat domestik,penunjuk terkini mencatatkan kegiatan ekonomi yang terus kukuh,didorong perbelanjaan dalam negeri dan kerancakkan aktiviti eksport.
Pertumbuhan guna tenaga dan upah berserta langkah-langkah dasar terus menyokong perbelanjaan isi rumah.
"Inflasi keseluruhan dan inflasi teras kekal sederhana pada purata 1.8 peratus serta diunjur kekal terkawal menjelang 2025.
Risiko kenaikan inflasi,bergantung pada tahap kesan limpahan langkah-langkah dasar,harga komoditi global dan perkembangan pasaran kewangan," tambah kenyataan itu.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur