2024-11-08 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,7 November - Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini manakala Indeks Dolar US meningkat kepada 105.009 mata,peningkatan 1.5 peratus daripada penutupan hari sebelumnya.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan naik kepada 4.3995/4340 berbanding dolar US daripada 4.4000/4070 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS telah mendorong peningkatan permintaan untuk dolar US dan ekuiti.
Beliau berkata hasil Perbendaharaan AS 10 tahun meningkat 16 mata asas kepada 4.43 peratus,memberi pertunjuk mod berisiko dalam pasaran kewangan.
Trump dijangka akan mengambil “langkah populis” yang boleh memacu permintaan domestik yang lebih tinggi dan pertumbuhan pendapatan korporat.
Prospek itu menimbulkan persoalan mengenai cara Rizab Persekutuan AS akan menguruskan dasar monetari dalam persekitaran perkembangan ini memandangkan potensi implikasi terhadap hala tuju dasar.
“Justeru,kita boleh menjangkakan mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit,kekal lemah dan diniagakan dalam mod berhati-hati. Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam ini adalah penting kerana peserta pasaran memantau dengan teliti kenyataan yang disertakan mengenai keputusan kadar faedah,” katanya kepada Bernama.
Ringgit tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6674/7119 daripada 5.6751/6841,naik berbanding yen Jepun kepada 2.8500/8727 daripada 2.8558/8606 dan menambah berbanding euro kepada 4.7215/7586 daripada 4.7313/7388.
Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2997/3258 daripada 3.3073/312,menokok berbanding baht Thailand kepada 12.7907/12.9015 daripada 12.8768/9048 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.56 daripada 7.50/7.51.
Unit tempatan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 277.8/280.1 daripada 277.8/278.4. sebelumnya. - BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur