2024-11-08 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,7 November- Bank-bank pelaburan unjur Kadar Dasar Semalaman (OPR) terus kekal pada tiga peratus,sehingga akhir tahun 2025.
Maybank Investment Bank berpandangan,jangkaan itu berdasarkan prospek pertumbuhan ekonomi lebih baik tahun ini dan momentum yang berterusan sehingga tahun depan.
Namun,jangkaan itu masih tertakluk kepada potensi risiko penurunan,kesan keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (AS).
Public Investment Bank Bhd pula menjelaskan,pengekalan OPR pada paras semasa akan membantu mengecilkan perbezaan kadar faedah negatif dengan kadar faedah AS.
Bank itu meramalkan,pemotongan kadar lebih rendah oleh Rizab Persekutuan AS tahun depan,bergantung langkah tarif dan cukai baharu.
Sementara itu,Hong Leong Investment Bank mengatakan,keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia semalam,sebagai tindak balas kepada tekanan inflasi.
Ini termasuk pelaksanaan rasionalisasi RON95 dan jangkaan kenaikan gaji pekerja.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur