2024-11-08 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,8 November- Ringgit dibuka pada paras 4.38 berbanding dolar AS pada Jumaat selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) semalam.
Pada 8 pagi,ringgit naik kepada 4.3860/4100 berbanding dolar AS daripada 4.4020/4065 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Kadar Dana Fed kini berada dalam julat antara 4.50 peratus dan 4.75 peratus.
Sementara itu,hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun merosot sebanyak 11 bps kepada 4.31 peratus dan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.55 peratus kepada 104.508 mata.
Beliau menjelaskan keputusan oleh Fed itu walaupun terdapat ketidaktentuan mengenai dasar bakal Presiden AS Donald Trump pada tahun depan,yang dilihat berpotensi menyebabkan inflasi.
“Fed menganggap pendirian dasar monetari semasanya sebagai ketat,memberi ruang kepada kemungkinan penurunan kadar faedah pada masa depan.
“Oleh itu,kita mungkin melihat ringgit mencatatkan aliran meningkat hari ini,” katanya kepada Bernama.
Ringgit rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding pound kepada 5.6943/7255 daripada 5.6821/6879 pada Khamis,susut berbanding yen Jepun kepada 2.8637/8795 daripada 2.8597/8629 dan rendah berbanding euro kepada 4.7347/7606 daripada 4.7317/7365 sebelum ini.
Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.47/7.51 daripada 7.49/7.51 semalam dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 278.6/280.3 daripada 279.6/280.0 sebelum ini.
Bagaimanapun,ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3207/3394 daripada 3.3178/3216 semalam dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8947/12.9767 daripada 12.8290/8492 sebelum ini.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur