2024-11-11 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,11 November- Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini dengan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meningkat berikutan ketidaktentuan politik dan ekonomi global,kata ahli ekonomi.
Pada 8.00 pagi,ringgit susut kepada 4.3850/3995 berbanding dolar AS daripada 4.3800/3850 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan peniaga terus menganalisis potensi impak terhadap ekonomi secara keseluruhan berikutan Presiden AS yang baharu akan dilantik pada Januari tahun depan.
“Terdapat juga kekecewaan terhadap langkah-langkah rangsangan ekonomi China yang diumumkan minggu lepas berikutan kekurangan butiran untuk meningkatkan permintaan domestik,” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata dari aspek teknikal,ringgit telah berada dalam kedudukan terlebih jual,menunjukkan risiko penurunannya adalah terhad.
“Bagaimanapun,berdasarkan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati,permintaan terhadap dolar AS akan berterusan dengan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat kepada 105.007,” katanya.
Sementara itu,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6628/6815 daripada 5.6943/7255 pada Jumaat lepas dan naik berbanding euro kepada 4.6977/7132 daripada 4.7347/7606 sebelum ini.
Bagaimanapun,ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8675/8774 daripada 2.8637/8795.
Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7880/8411 daripada 12.8947/12.9767 sebelum ini,bagaimanapun susut berbanding peso Filipina kepada 7.52/7.55 daripada 7.47/7.51 pada Jumaat lepas dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 279.7/280.8 daripada 278.6/280.3 sebelum ini.
Ia turut rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3022/3136 daripada 3.3207/3394 pada Jumaat lepas. -BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur