2024-11-11 HaiPress

Wakil daripada SK Dato’ Wan Kemara dan SJKT Sungai Raya yang menghadiri anugerah Best Social Project Towards Education di Bangkok,Thailand
BANGKOK,11 November- Dua buah sekolah di Kedah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara,Changlun dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Raya,Langkawi berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan menerima anugerah berprestij di Asia Education Conclave 2024 di Bangkok,Thailand,baru-baru ini.
Program selama dua hari yang berakhir Sabtu lalu itu turut disertai negara lain termasuk Uzbekistan,India,Hong Kong,Indonesia,Jepun,Pakistan danEmiriah Arab Bersatu (UAE).
SK Dato’ Wan Kemara meraih anugerah Best Social Project Towards Education menewaskan 5,000 sekolah lain dari seluruh Asia,manakala guru SJKT Sungai Raya,Saraswathy Jayasankaran diiktiraf sebagai Teacher Of The Year (Sekolah Rendah).
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,Ismail Othman; Guru Besar SK Dato’ Wan Kemara,Mohd Nizam Saidin; dan Pengerusi PIBG SK Dato' Wan Kemara,Zainol Abidin Mohamed turut hadir menerima anugerah tersebut.
Ismail menyatakan bahawa anugerah itu dianjurkan oleh Asia Education Conclave (AEC),organisasi yang menghubungkan pendidik dan pemimpin pendidikan untuk memperkukuh inovasi serta kecemerlangan akademik di rantau Asia.
“AEC berhasrat mengiktiraf pencapaian luar biasa dalam pendidikan,mendorong pembangunan dan kerjasama antara negara Asia melalui anugerah dan inisiatif pendidikan,” katanya kepada RTM
Anugerah berkenaan juga menjadi platform mengiktiraf usaha yang membawa perubahan positif dalam sektor pendidikan serta mempromosikan amalan terbaik dan inovasi pendidikan di seluruh Asia.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur