2024-11-11 HaiPress

Kejohanan sulung Kadaram Kabbadi dimenangi UTHM bagi kategori lelaki dan kategori wanita dimenangi Pasukan A UUM/ Foto UUM
SINTOK,11 November– Kejohanan sulung Kadaram Kabaddi Championship (KKC) 2024 menyaksikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) muncul juara bagi kategori lelaki diikuti Pasukan A Universiti Utara Malaysia (UUM) selaku naib juara.
Universiti Sains Malaysia (USM) memenangi tempat ketiga dan Universiti Malaya (UM) pula merangkul tempat keempat dalam persaingan sengit kejohanan di Sintok,Kedah yang disertai 7 institusi pengajian tinggi.
Bagi kategori wanita pula,Pasukan A mewakili tuan rumah,UUM,muncul juara dan MAHSA University pula di tempat kedua diikuti UTHM tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Pasukan B UUM.
Majlis penutup kejohanan dan penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Naib Canselor UUM,Prof. Datuk Dr. Mohd Foad Sakdan malam tadi.
Selain UUM,UM,UTHM,MAHSA University dan USM,kejohanan sulung ini turut disertai pasukan kabbadi dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS).
Kejohanan pertama kali dianjurkan UUM ini turut menyediakan Anugerah Khas bagi menghargai bakat-bakat peserta.
Bagi Anugerah Khas kategori lelaki,3 peserta dari UTHM iaitu Navin Kannan memenangi anugerah Bonus King,Muralidharan Suresh dipilih pemenang Best Defender diikuti Navin Kannan sebagai Overall Player,manakala seorang peserta UUM,Rathaakrishna Krishnan menang anugerah Top Raider.
Sakhtri Sree Sivalingam dari MAHSA University memenangi Bonus Queen bagi kategori wanita dan Bramakumari Mani juga dari universiti sama,muncul sebagai Best Defender.
Dua pemain kabbadi UUM iaitu Vanitha Murugaiyah dan Rushalini Vijayakumar,masing-masing memenangi kategori Overall Player dan Top Raider.
Menurut Pengarah Program yang juga Presiden Kelab Kabaddi UUM,Nadesh Ragunath,kejohanan sulung ini menjadi titik permulaan ke arah penganjuran kejohanan kabbadi bertaraf antarabangsa pada masa hadapan.
Beliau berharap,kejohanan ini bukan sahaja dapat mempopularkan sukan kabbadi tetapi juga menjadi platform memupuk semangat kesukanan yang tinggi dan mengasah bakat kepimpinan mahasiswa terlibat.
Sebelum KKC 2024 berlangsung,Kelab Kabbadi UUM menganjurkan bengkel kabbadi pada 9 November lalu,yang turut disertai Hatyai University yang menghantar 20 peserta untuk mengikuti bengkel secara dalam talian.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur