2024-11-11 HaiPress

Anggota Pertahanan Awam Malaysia menyelamatkan seorang warga emas dengan mengusungnya ke tempat selamat semasa operasi banjir
LIPIS,11 November - Seramai 460 penduduk dari 132 keluarga di Pahang terjejas akibat banjir,menurut laporan terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada pukul 11.00 pagi tadi.
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Lipis hari ini,menempatkan 230 orang dari 64 keluarga di Sekolah Kebangsaan (SK) Kechau Tui dan Dewan Semai Bakti Felda Kechau 1.
Manakala,daerah Raub yang dilanda banjir sejak semalam mencatatkan pertambahan bilangan kepada 230 orang daripada 68 keluarga berbanding 134 orang daripada 45 keluarga malam tadi.
Malah enam PPS dibuka di daerah Raub iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang,Masjid Kampung Pintu Padang,Pusat Kegiatan Kemas Gali,Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali,Sekolah Menengah Agama Al-Fallah Batu Talam dan Balai Raya Kampung Sungai Pasu.
Sementara itu,menerusi laman sesawang infobanjir.water.gov.my,enam sungai di Pahang mencecah tahap waspada iaitu Sungai Jelai di Jeram Bungor,Sungai Jelai Kuala Medang,Sungai Jelai Jeti Lipis,Sungai Dong di Kampung Peruas (Raub),Sungai Luit di Kampung Subuh (Maran) dan Sungai Mentiga di Jambatan Chini (Pekan).
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur