2024-11-11 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR,11 November- Sepanjang tempoh 2018 hingga 2021,sebanyak RM374 juta tunggakan sumbangan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) telah dijelaskan oleh penjana tenaga bebas (IPP).
Jelas Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof,sebanyak RM68 juta masih dalam proses pembayaran.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memaklumkan,kesemua syarikat penjana elektrik komited menyelesaikan tunggakan dan sumbangan kepada AAIBE.
"Jumlah tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik dari tempoh 2018 hingga 2021 adalah sebanyak RM442 juta. Yang telah dibayar adalah sebanyak RM374 juta,dalam proses pembayaran adalah sebanyak RM68 juta.
"Kesemua syarikat penjana elektrik ini telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik untuk menyelesaikan tunggakan mahupun sumbangan tahun semasa",katanya dalam sesi Dewan Rakyat.
Penyataan tersebut bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Puchong,Yeo Bee Yin.
Setakat 30 September,jumlah dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik terkini bernilai lebih RM866 juta.
Daripada jumlah tersebut,lebih RM606 juta merupakan pelaburan tetap manakala,lebih RM147 juta diperuntukkan bagi projek komited sedia ada.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur