2024-11-11 HaiPress

Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Hasbi Habibollah
KUALA LUMPUR,11 November- Tindakan penyelenggaraan berterusan akan dilaksana Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) bagi memastikan integriti struktur Jeti Dermaga Merdeka sentiasa dalam keadaan yang baik.
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Hasbi Habibollah,kerja-kerja penyelenggaraan sistem pencahayaan bagi tahun ini telah diselesaikan.
"Pihak Lembaga Pelabuhan Labuan telah selesai melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem pencahayaan pada tahun ini dan pihak LPL juga telah selesai melaksanakan tindakan penyelenggaraan trestle Jeti Dermaga Merdeka pada Oktober 2024.
"Tambahan itu,pihak LPL akan melaksanakan tindakan penyelenggaraan berterusan bermula pada tahun 2025 bagi memastikan integriti struktur Jeti Dermaga Merdeka sentiasa dalam keadaan yang baik",katanya dalam sesi Dewan Rakyat.
Penyataan tersebut bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Labuan,Datuk Indera Dr Suhaili Abdul Rahman yang ingin mengetahui status berkaitan perancangan menaik taraf pelabuhan Merdeka Labuan.
Dalam Pada itu,Datuk Hasbi memaklumkan cadangan pembangunan Labuan Integrated Port masih dalam penelitian pihak Perbadanan Labuan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur