2024-11-11 HaiPress

Foto BERNAMA
SEBERANG JAYA,11 November- Seramai 177 penduduk setinggan di Kampung Manis,Perai bakal berpindah ke perumahan baharudalam tempoh tiga tahun lagi.
Ini berikutan kawasan tersebut akan dinaik taraf menjadi kawasan perumahan moden.
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke Siew Fook berkata,isi rumah yang layak akan diberi pampasan berupa sebuah rumah dengan keluasan 850 kaki persegi secara percuma bernilai RM400,000.
Ini selari dengan dasar pembangunan kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap pembinaan semula kawasan yang melibatkan penduduk,akan diberikan pampasan yang setimpal.
"Bangunan 33 tingkat itu mesti disiapkan dulu. Apabila siap,penduduk-penduduk akan ditempatkan di bangunan itu,baru mereka boleh roboh ruang rumah-rumah sedia ada untuk dibangunkan.
Untuk penduduk di Kampung Manis ini sebenarnya tidak ada risiko apa-apa pun. Ini kerana mereka masih duduk di sana sampai projek selesai. Apabila siap,mereka akan dipindahkan ke unit baharu dan mereka pengosongan rumah sedia ada itu akan mengambil masa maksimum tiga tahun," kata Anthony kepada pemberita,hari ini.
Jelas beliau,kawasan perumahan itu bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pusat komersial,tempat meletak kereta serta kawasan bersukan termasuk sebuah kolam renang.
Beliau ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum of Agreement (MoA) antara Perbadanan Aset Keretapi dengan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang serta Majlis Menandatangani Hea of Agreement antara Perbadanan Aset Keretapi dan Rivanis Ventures Sdn. Bhd. bagi pembangunan di atas sebahagian Lot 286,Lot 65 dan Lot 67,Bandar Perai di sini.
Hadir sama,Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow dan ADUN Perai,Datuk Seri S. Rajoo.
Sementara itu,dalam majlis sama beliau turut memaklumkan perkembangan terkini projek LRT Pulau Pinang.
Beliau berkata rundingan dengan pihak kontraktor masih dijalankan dan turut menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan serta dijangka selesai sehingga hujung tahun ini.
Jelas beliau,ini adalah kerana kontraktor yang dilantik pada awalnya telah mempunyai perjanjian dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan modul pembangunan yang berlainan.
"Sekarang ini,kita ambil alih daripada kerajaan Persekutuan. Kita ada tatacara dan prosedur tersendiri. Projek itu secara prinsipnya telah mendapat kelulusan jemaah menteri. Namun,daripada aspek perincian kos pembinaan,perlu dirundingkan semula dengan pihak kontraktor.
Kita harap segala proses itu dapat diselesaikan akhir tahun ini dan selepas itu kita sudah tentu akan lancarkan secepat mungkin apabila adanya keputusan terakhir," tambah Anthony.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur