2024-11-11 HaiPress

Foto RTM
LIPIS,11 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang sedikit berkurang kepada 456 orang pada pukul 4.00 petang,berbanding 460 orang,pukul 11.00 pagi tadi.
Kesemua 130 keluarga masih berlindung di lapan buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah Raub dan Lipis.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),enam PPS dibuka di daerah Raub manakala dua di Lipis.
Di Raub,PPS yang dibuka ialah Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang,Masjid Kampung Pintu Padang,Pusat Kegiatan Kemas Gali,Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali,Sekolah Menengah Agama Al-Fallah Batu Talam dan Balai Raya Kampung Sungai Pasu.
Sementara di Lipis,PPS dibuka melibatkan Sekolah Kebangsaan Kechau Tui dan Dewan Semai Bakti Felda Kechau 1.
Dalam pada itu,berdasarkan portal laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),enam sungai di Pahang berada di paras waspada.
Sungai tersebut adalah Sungai Jelai di Jeti Lipis,Sungai Jelai di Jeram Bungor,Sungai Jelai di Kuala Medang (Lipis),Sungai Dong di Kampung Peruas (Raub),Sungai Luit di Kampung Subuh (Maran) dan Sungai Mentiga di Jambatan Chini (Pekan).
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur