2024-11-11 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,11 November- Syarahan Umum Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Al-Azhar memperkukuh hubungan strategik Malaysia bersama universiti Islam ulung dunia itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan,berkata syarahan tersebut menjadi bukti pengiktirafan besar kepada ketokohan dan kepimpinan Datuk Seri Anwar.
"Universiti ini telah memberikan sumbangan besar dalam menyatupadukan umat Islam serta membina generasi ilmuan di serata dunia melalui manhaj kesederhanaan yang menjadi asas ketamadunan ummah," kata kenyataan itu.
Justeru,beliau menyeru semua pihak agar benar-benar menghayati nilai-nilai Islam serta menterjemah kepada tindakan yang terbaik demi negara dan umat seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam syarahan tersebut.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) juga akan mengambil saranan Perdana Menteri agar anak-anak muda dilengkapkan dengan ilmu agama serta pengetahuan dan juga kemahiran dalam bidang teknologi seperti kecerdasan buatan (AI).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur