2024-11-11 HaiPress

Dr Zaliha Mustafa
KUALA LUMPUR,11 November-Mesyuarat kedua Sidang Belia Wilayah Persekutuan penggal 2024 berakhir hari ini,menyaksikan 16 usul dibentangkan,dengan 13 usul diterima dan tiga ditolak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata,mesyuarat akhir 2024 itu memberi platform kepada belia untuk menyuarakan pandangan dalam usaha memperbaiki dasar dan polisi di Kuala Lumpur,Putrajaya,dan Labuan.
"Menyokong langkah kerajaan dalam apa ni isu Palestin,mereka sebulat suara menyokong untuk menolak keanggotaan rejim Zionis Israel daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
"Kita lihat kali ini mereka agak fokus pada isu-isu berkaitan dengan Labuan dan kita telah bincangkan khususnya berkenaan dengan infra dan utiliti asas seperti elektrik dan air," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Penggulungan Sidang Belia Wilayah Persekutuan di sini.
Selain itu,peruntukan sebanyak RM500,000 telah disalurkan untuk kajian Jambatan Labuan–Menumbok. Peruntukan itu diharapkan dapat meningkatkan ketersambungan wilayah berkenaan.
Dalam pada itu sidang berkenaan juga menyokong cadangan penubuhan badan alumni untuk memastikan pandangan dan idea belia terus dimanfaatkan dalam pembangunan Wilayah Persekutuan.
Beliau juga mengucapkan tahniah atas perbahasan matang dan berharap usaha itu memberi impak positif pada masa depan Wilayah Persekutuan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur