2024-11-12 HaiPress

Foto / Bernama
KUCHING,12 November - Bermula tahun depan,anak Sarawak yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi akan menerima wang saku RM1,200 setahun.
Inisiatif ini diumum Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika membacakan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Yang Ke-19 semalam.
Jelasnya,bantuan kewangan ini akan memanfaatkan 25,000 orang pelajar negeri itu daripada keluarga berpendapatan rendah dengan pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 ke bawah sebulan.
"Wang yang diberikan akan dibelanjakan untuk makanan dan barangan keperluan untuk membantu mereka mengurangkan kos sara hidup. Di bawah Bajet ini,sejumlah RM30 juta akan diperuntukkan untuk tujuan ini.
"Selain itu,beberapa inisiatif berkaitan pendidikan turut diumum antaranya peruntukan sebanyak RM15 Juta akan disediakan untuk diskaun bayaran balik pinjaman P-T-P-T-N sebanyak 30 peratus," jelas Premier Sarawak.
Beliau turut mengumumkan dana Dua Juta Ringgit untuk penerusan inisiatif Baucar buku RM500 seorang untuk pelajar I-P-T-A dan I-P-T-S Sarawak dengan isi rumah berpendapatan per kapita RM1,500 sebulan dan ke bawah.
Dana Bantuan komputer riba percuma juga ditambah tahun depan daripada 15-Juta Ringgit setahun kepada 30.5 Juta Ringgit setahun.
"Inisiatif ini bakal memberi manfaat kepada lebih 10-ribu orang pelajar berbanding lima ribu orang tahun ini.
Sarawak juga mengambil tindakan untuk mempersiapkan pelajar di tingkatan empat dan lima untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui perlaksanaan Program Peningkatan Pendidikan (S-E-E-P).
RM20 Juta Ringgit diperuntuk untuk membiayai tuisyen percuma berbanding RM15 Juta pada tahun lepas.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur