2024-11-12 HaiPress

FOTO JBPM SELANGOR
PETALING JAYA,12 November-Lima buah kenderaan terkandas dalam banjir kilat di Persiaran Surian Damansara,Taman Pelangi Damansara di sini berikutan hujan lebat pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8.09 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.
Lima kenderaan berkenaan terkandas selama kira-kira 30 minit dalam banjir kilat tersebut,namun tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.
Ketika kejadian,paras air dilaporkan setinggi sekitar 0.3 meter dan kini telah menunjukkan tanda-tanda surut.
Operasi penyelamatan melibatkan lapan anggota bersama sebuah jentera dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur