2024-11-12 HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,12 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sokongan teguh Malaysia terhadap rakyat Palestin dalamSidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam pada Isnin di Riyadh,Arab Saudi.
Kenyataan itu dikongsikan menerusi Facebook rasmi beliau,memaparkan situasi sukar yang sedang dihadapi dunia Islam dan ummah pada masa kini.
"Keadaan yang dihadapi dunia Islam dan ummah pada saat ini adalah yang paling sukar dan mencabar," ujar Anwar.
Beliau turut menekankan usaha berterusan untuk menamatkan keganasan dan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin,sambil menyatakan bahawa Israel telah melampaui batas kemanusiaan dan memerlukan tindakan tegas daripada masyarakat antarabangsa.
"Israel tidak tergolong dalam negara yang bertamadun,dan kebiadabannya menuntut tindakan dan prinsip tegas untuk melindungi bukan sahaja Asia Barat,tetapi seluruh tatanan global," tambah beliau.
Perdana Menteri juga menyeru tindakan segera masyarakat antarabangsa termasuk sekatan dan penggantungan keanggotaan Israel di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
"Sebagai langkah segera,kita perlu mendesak dan membina konsensus untuk menggantung bahkan menyingkirkan Israel daripada PBB," katanya.
Kenyataan itu turut mengecam tindakan Israel yang menyasarkan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat yang menjadi nadi penting untuk kelangsungan hidup Palestin. "Masyarakat antarabangsa perlu bertindak dengan pantas dan tegas," seru beliau.
Beliau mengingatkan bahawa kekejaman itu boleh merebak ke negara lain seperti Lubnan dan Iran serta mengancam kestabilan global.
"Kita mesti bersama,bukan sahaja sebagai umat Islam tetapi juga sebagai sesama insan,bersatu serta berpegang kepada kebenaran untuk dunia yang lebih aman dan lebih baik bagi anak-anak kita serta generasi yang akan datang," tegasnya lagi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur