2024-11-12 HaiPress

FOTO BOMBA
SETIA ALAM,12 November-Banjir kilat berkedalaman sekitar dua kaki dilaporkan berlaku di bandar Setia Alam dekat Shah Alam,pagi tadi.
Kejadian tersebut disedari oleh orang awam yang segera melaporkan insiden itu kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Fuad Nasruddin Johari berkata pihak bomba segera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan sekitar pukul 9.00 pagi.
Sejurus sampai ke lokasi kejadian,pihak bomba mendapati banjir sudah mula surut dan tiada mangsa terperangkap dilaporkan.
Operasi berkenaan melibatkan seramai enam anggota bomba.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur