2024-11-12 HaiPress

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,12 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan terhadap kepemimpinan Kerajaan Arab Saudi dalam pertemuan beliau bersama Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab SaudiPuteraMohammed bin Salman sebelum kembali ke Kaherah,Mesir.
"Alhamdulillah diberi kesempatan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi,PuteraMohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud sebelum saya kembali ke Kaherah,Mesir," ujar Anwar dalam kenyataan menerusi Facebook rasmi beliau.
Anwar turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha berterusan Kerajaan Arab Saudi terutama dalam menganjurkan Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam pada Isnin,selain sokongan berterusan terhadap umat Islam yang ditindas.
Dalam pertemuan itu,kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi yang perlu diperluas.
Anwar berkata antara perkara yang dibincangkan termasuk perdagangan dan pelaburan serta kerjasama dalam beberapa bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI),ekonomi hijau,tenaga bersih dan petrokimia.
"Malaysia bersedia untuk menganjurkan Mesyuarat Penyelarasan Pertama antara Malaysia-Arab Saudi di peringkat Menteri Luar bagi membincangkan kerjasama kedua-dua negara dengan lebih lanjut," tambah beliau.
Anwar turut menggunakan kesempatan tersebut untuk menjemput Putera Mahkota Arab Saudi itu bagi menghadiriSidang Kemuncak ASEAN-Teluk (ASEAN-GCC) di Kuala Lumpur,tahun depan.
"Insya-Allah,saya optimis bahawa hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi dapat menyumbang kepada kemakmuran rakyat Malaysia keseluruhannya," ujar Perdana Menteri.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur