2024-11-12 HaiPress

Sehingga 31 Oktober tahun ini,sebanyak RM608,000 telah disalurkan kepada 170 penduduk yang terlibat dalam konflik dengan hidupan liar / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,12 November – Sehingga 31 Oktober tahun ini,000 telah disalurkan kepada 170 penduduk yang terlibat dalam konflik dengan hidupan liar melalui Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) yang diperkenalkan tahun ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Nik Nazmi Nik Ahmad berkata bantuan kewangan secara sekali bayar itu diberikan kepada kumpulan sasar,termasuk penduduk kampung yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda serta tanaman akibat serangan hidupan liar.
"Bagi membantu penduduk yang terkesan dengan ancaman hidupan liar,mereka telah diberi nasihat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memasang pagar yang sesuai di kawasan kebun,kandang ternakan atau kawasan rumah,serta memastikan kawasan semak di sekitar kebun dan kampung dibersihkan secara berkala," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat,di sini.
Nik Nazmi turut memaklumkan,Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bekerjasama dengan penggerak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk melaksanakan Pelan Pengurusan Hidupan Liar.
Ini termasuk Penilaian Impak Alam Sekitar dan penciptaan koridor ekologi bagi membolehkan hidupan liar bergerak dengan selamat serta mengurangkan fragmentasi habitat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur