2024-11-12 HaiPress

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR,12 November- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memandang serius kes buli yang berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mengakibatkan seorang penuntut mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang.
Seri Paduka Baginda,bertitah menegaskan budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan pelajar,tetapi juga mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi di negara ini.
Sultan Ibrahim,bertitah kes buli di ALK UPNM bukan pertama kali dilaporkan berlaku,malah sebelum ini sudah terjadi beberapa kali sehingga meragut nyawa.
Seri Paduka Baginda bertitah di dalam pasukan tentera,latihan keras adalah perkara biasa bertujuan membina kekentalan mental dan jiwa yang kuat,seperti pernah dilalui oleh Baginda sewaktu menjalani latihan ketenteraan.
“Namun ini bukan bermakna ke tahap buli atau menyeksa seseorang itu sehingga mendatangkan kecederaan fizikal atau meragut nyawa. Ini tindakan tidak berperikemanusiaan.
“Saya mahu Kementerian Pertahanan mengambil serius perkara ini kerana kes buli sudah beberapa kali berlaku di ALK UPNM,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Terdahulu,Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Istana Negara,hari ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur