2024-11-12 HaiPress

Banjir di Raub dan Lipis pulih sepenuhnya / Foto RTM
KUANTAN,12 November - Perkembangan banjir di daerah Raub dan Lipis,Pahang pulih sepenuhnya.
Ini selepas lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 441 penduduk terjejas daripada 127 keluarga sejak ahad lalu ditutup hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub memaklumkan,banjir yang melanda daerah itu sejak Ahad lepas telah menempatkan 223 penduduk daripada 66 keluarga di enam PPS.
"Kesemua penduduk terjejas telah dibenarkan pulang pada pukul 9 pagi tadi.
"Bagaimanapun penduduk dinasihatkan supaya terus peka dengan kenaikan paras sungai," menurut JPBD menerusi kenyataan.
Sementara itu,Sekretariat JPBD Lipis memaklumkan dua PPS yang dibuka semalam dan menempatkan 218 penduduk daripada 61 keluarga,juga akan ditutup hari ini secara berperingkat.
Sebelum ini,media melaporkan Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh pada Ahad lepas,diikuti dengan Lipis.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur