2024-11-12 HaiPress

Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR,11 November - Malaysia sedang memantau rapat kemungkinan perubahan yang mungkin berlaku yang akan memberi kesan kepada ekonomi global dan tempatan berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli berkata sementara menunggu pengumuman dasar baharu daripada Washington,kerajaan sentiasa bersiap sedia untuk menilai dan menyesuaikan dengan sebarang perkembangan yang boleh mempengaruhi landskap ekonomi Malaysia.
“Saya fikir mana-mana negara di dunia,memandangkan pengaruh besar AS ke atas ekonomi global,akan melihat dengan teliti terhadap apa sahaja kesan daripada perubahan pentadbiran AS terhadap ekonomi dan pentadbiran tempatan.
“Saya fikir sementara kita akan menunggu pengumuman seterusnya,kita akan memantau bagaimana pentadbiran Trump akan memberi kesan kepada ekonomi global dan ekonomi kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus industri bagi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13),di sini,hari ini.
Beliau berkata,Malaysia perlu pantas untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk perkembangan geopolitik dan antarabangsa yang mungkin timbul daripada perubahan pentadbiran,bukan sahaja di AS tetapi di mana-mana rakan dagang utama negara.
“Tetapi banyak rancangan kita berkaitan semikonduktor dan peralihan tenaga didorong oleh keperluan kita sendiri di dalam negara. Dan kebanyakannya bercirikan struktur
“Ini bermakna ia adalah sesuatu yang perlu kita lalui untuk memperkukuhkan lagi industri dan ekonomi kita,” katanya.
Mengenai perkembangan lain,Rafizi berkata RMK-13 akan merangkumi inisiatif untuk meletakkan negara sebagai penyedia global ekosistem pusat data yang komprehensif.
Bercakap pada sesi industri bersama pemegang taruh daripada sektor elektronik,aeroangkasa dan automotif,beliau berkata visi yang meletakkan Malaysia sebagai pusat utama pusat data,bukan sahaja dalam kapasiti pengehosan tetapi sebagai pemain komprehensif dalam rantaian nilai.
“Malaysia terus menarik pusat data,tetapi kita mahu mengambil dalam ekosistem pusat data yang bernilai lebih tinggi. Kita menyasar melaksanakan beberapa intervensi pemangkin untuk mewujudkan ekosistem supaya menjelang akhir dekad ini,Malaysia juga boleh mengambil bahagian dalam keseluruhan rantaian nilai pusat data,” katanya.
Mengenai RMK13 yang sedang dirangka beliau berkata kementeriannya bukan sahaja mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan negeri tetapi juga memastikan pelan itu memasukkan input daripada industri strategik utama.
RMKe-13 dijangka dibentangkan di Parlimen pada 3 Julai,2025. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur