2024-11-12 HaiPress

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,12 November - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM29.00 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.19 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik bernilai RM2.0 bilion selama tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 30 hari dan RM1.0 bilion bagi 92 hari.
Ia juga akan menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM200 juta selama tujuh hari.
Selain itu,BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,ia akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.5 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.4 bilion.-BERNAMA
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur