2024-11-12 HaiPress

Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Liew Chin Tong / Foto RTM
KUALA LUMPUR,12 November – Sektor perkhidmatan,perkilangan dan utama menyaksikan jumlah pelaburan diluluskan meningkat sebanyak 23 peratus pada tahun 2023,dengan nilai keseluruhan RM329.5 bilion,tertinggi dalam sejarah melibatkan 5,101 projek.
Timbalan Menteri Pelaburan,Liew Chin Tong berkata daripada jumlah itu,pelaburan asing menyumbang RM188.4 bilion atau 57.2 peratus,manakala pelaburan domestik menyumbang baki RM141.1 bilion.
“Momentum ini diteruskan dalam separuh pertama tahun 2024 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM160 bilion yang diluluskan untuk sektor perkhidmatan,perkilangan dan utama,melibatkan 2,948 projek.
"Prestasi ini adalah 18 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama pada tahun 2023. Daripada jumlah tersebut,pelaburan asing (FI) menyumbang RM74.6 bilion (46.6 peratus),manakala RM85.4 bilion (53.4 peratus) disumbangkan oleh pelaburan domestik,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Bintang,Fong Kui Lun,di Dewan Rakyat,di sini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur